TVPRU Online

It's All About Malaysia Politics


Leave a comment

Video Penuh Debat Sinar Antara Ulama Muda UMNO Dan Ketua Pemuda PAS.

 

Advertisements


Leave a comment

Himpunan Aman NGO Di Kuala Kangsar Perak 20/07/2012.

Kuala Kangsar Perak, 12/07/2012 pada jam 11.00 pagi. Sekumpulan Badan Bukan Kerajaan sekitar Kuala Kangsar telah berhimpun secara aman untuk menyatakan kesanggupan mereka untuk terus menyokong pemerintahan Barisan Nasional ketika ini. Tujuan perhimpunan tersebut adalah untuk memberi penjelasan kepada umum hakikatnya barisan NGO ini menolak sepenuhnya himpunan jalanan seperti BERSIH 3.0, OREN yang jelas memberi kesan yang tidak baik kepada negara Malaysia.

Pada himpunan tersebut, kira-kira 60 orang yang turun untuk mewakili NGO masing-masing seperti Gagasan Melayu Perak, PERKASA, Majlis Belia dan juga Parti Progresif Penduduk Kuala Kangsar. Mereka ini telah memegang sepanduk dan kain rentang yang tertera “Kami Cintakan Keamanan” dan “Kami Tolak Demonstrasi Jalanan” serta “Kami Menyokong Barisan Nasional.

Dr. Hasyim Bin Bujang

Dalam pada masa itu, NGO-NGO yang berkumpul ini berkata, bahawa segala transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini telah banyak mengembalikan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong Barisan Nasional. Pihak pembangkang yang cuba menutup kejayaan kerajaan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Razak adalah dengan cara membuat rusuhan untuk memberi gambaran bahawa Malaysia sudah lagi tidak aman.

En. Rosli Pengerusi PPP Kuala Kangsar